Monday, 27 July 2015

Memori Ayah

Setiap anak akan kata ayah dialah yang terbaik. Same goes to me. My ayah is the best ayah in the world. Walaupun keluarga hidup sederhana tapi tidak pernah rasa kekurangan. Apa yang nak or teringin mesti ayah belikan. Orang kata kalau kerja nelayan ni miskinla dan tidak cukup makan tapi keluarga kami lain (tapi rasanya kalau rajin bekerja tidak jadi miskin walaupun jadi nelayan.)Rasanya lagi mewah dari orang lain. Orang lain nak makan ketam, udang or sotong kurita pun jarang,  kami hari-hari dapat makan. Mak kata ayah kalau ada tangkapan yang mahal dia tidak akan jual. Ayah akan bagi anak-anak dia makan. Sebab tu kalau sekarang kalau da kawan yang menunjuk-nunjuk dapat makan ketam or rare seafood,  saya dah tidak rasa apa-apa. Makanlah hampa..^^

Sewaktu kecil saya yang paling rapat dengan ayah. Kalau dulu orang tanya anak mak or ayah, saya akan jawab anak ayah. Kalau ayah keluar mana-mana pun akan ikut sampai sekarang kawan-kawan ayah kenal. Mungkin sebab adik lebih rapat dengan mak jadi ayah lebih bagi perhatian pada saya. Kalau beli baju raya mesti lebih dari adik beradik lain sebab bila nak pergi beli baju ja mesti saya nak ikut. Ayah tidak pandai bawa kereta so tidak boleh pergi ramai-ramai. Lagipun ayah ada kencing manis jadi penglihatan dia tidak sekuat semasa muda.

Saya dapat bersama ayah hanya selama 17 tahun ja. Semasa peperiksaan SPM ayah meninggal dunia. Semasa umur saya 14 tahun ayah sudah tidak boleh berjalan. Saya ingat lagi, saya telefon rumah kemudian jiran saya angkat cakap ayah berada di hospital. Saya takut sangat sebab saya tidak tahu keadaan ayah saya macam mana. Saya nangis minta untuk balik. kaki ayah kena amputate sebab kencing manis. Tapi kami adik beradik selalu hiburkan hati ayah. Abang beli macam-macam permainan, pasang astro dan lain-lain supaya ayah tak terasa bosan. Saya jenis yang pendiam kalau saya nak something saya tidak pandai luahkan. Ayah selalu perasan apa yang saya hendak. Kalau ada orang junjung datang jual baju,  ayah selalu cakap dekat mak,  "takkan beli kat mak ja, belila kat anak sama."

Sejak tingkatan satu saya tinggal di asrama,  bila cuti ayah akan sewa kereta untuk datang ambil saya. Walaupun ayah berjalan menggunakan tongkat tapi ayah tetap nak datang. Ayah jebis yang tak cakap banyak. Mak cakap ayah suka pemandangan dekat asrama yang dekat dengan bukit dan banyak pokok. Kalau datang ja ayah akan rehat dekat belakang asrama tengok pemandangan.

Ayah dah pergi tetapi memori ayah sentiasa kami kenang. Semoga ayah tenang disana dan anakmu ini akan sentiasa mendoakanmu...

Sunday, 12 July 2015

KENANGAN RAMADHAN DI ASRAMA

KEMERIAHAN RAMADHAN DI ASRAMA

Sewaktu duduk di surau tunggu azan isyak,  tengok saf depan surau makin kosong. Tiba-tiba teringat waktu bulan ramadhan di asrama dulu. Ramadhan disambut  meriah dengan rakan-rakan.

Pukul 4 pagi dah bangun kejutkan roommate elak berebut bilik air, dah siap mandi baru keluar ke dewan selera untuk bersahur. Balik sahur sambung tidur,  kadang-kadang terlanjur sampai azan subuh. Waktu tu semua orang dah pergi surau dan satu bilik kalut bersiap takut bilik bertugas tulis nama.

Petang selepas kelas persediaan, semua bergegas ke surau untuk solat asar dan bertadarus . Pastu setiap homeroom akan hantar 2 orang wakil bergilir untuk makanan untuk ahli homeroom dia.  Setiap tahun akan berbuka bersama homeroom dan disebab tu hubungan antara ahli sangat rapat.

Sebelum berbuka akan ada bacaan tahlil didewan selera. Selepas makan semua bergegas naik ke surau untuk solat maghrib berjemaah. Selepas maghrib ada tazkirah dari ustaz. Selepas itu solat isyak dan solat terawih sekali. Waktu cuti selalunya terawih sampai 20 rakaat. Teringat waktu ustaz buat spotcheck dekat bahagian perempuan tengok  siapa yang ponteng or tidur. Semuanya takut dengan ustaz waktu tu dan last-last ustaz buka tirai antara jemaah laki dan perempuan.

Sekarang susah nak jumpa semua tu. Sibuk dengan kerja balik lewat. Berbuka pun kadang-kadang sendirian. Terawih pun sewaktu mula-mula ja meriah ramai orang hadir sampai ada yang kena solat diluar. selepas tu orang semakin berkurang.