Sunday, 12 July 2015

KENANGAN RAMADHAN DI ASRAMA

KEMERIAHAN RAMADHAN DI ASRAMA

Sewaktu duduk di surau tunggu azan isyak,  tengok saf depan surau makin kosong. Tiba-tiba teringat waktu bulan ramadhan di asrama dulu. Ramadhan disambut  meriah dengan rakan-rakan.

Pukul 4 pagi dah bangun kejutkan roommate elak berebut bilik air, dah siap mandi baru keluar ke dewan selera untuk bersahur. Balik sahur sambung tidur,  kadang-kadang terlanjur sampai azan subuh. Waktu tu semua orang dah pergi surau dan satu bilik kalut bersiap takut bilik bertugas tulis nama.

Petang selepas kelas persediaan, semua bergegas ke surau untuk solat asar dan bertadarus . Pastu setiap homeroom akan hantar 2 orang wakil bergilir untuk makanan untuk ahli homeroom dia.  Setiap tahun akan berbuka bersama homeroom dan disebab tu hubungan antara ahli sangat rapat.

Sebelum berbuka akan ada bacaan tahlil didewan selera. Selepas makan semua bergegas naik ke surau untuk solat maghrib berjemaah. Selepas maghrib ada tazkirah dari ustaz. Selepas itu solat isyak dan solat terawih sekali. Waktu cuti selalunya terawih sampai 20 rakaat. Teringat waktu ustaz buat spotcheck dekat bahagian perempuan tengok  siapa yang ponteng or tidur. Semuanya takut dengan ustaz waktu tu dan last-last ustaz buka tirai antara jemaah laki dan perempuan.

Sekarang susah nak jumpa semua tu. Sibuk dengan kerja balik lewat. Berbuka pun kadang-kadang sendirian. Terawih pun sewaktu mula-mula ja meriah ramai orang hadir sampai ada yang kena solat diluar. selepas tu orang semakin berkurang.






No comments:

Post a Comment